Saturday 10 October 2015

PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI 1969

PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Kehilangan Nyawa dan Harta Benda

Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.

Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara

Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini .

Perpaduan Nasional
Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama , budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat . Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.

Kesimpulannya, sebagai seorang rakyat Malaysia kita haruslah mempunyai sifat perpaduan nasional , sedia berkorban untuk negara kita dan peristiwa ini telah memberi keuntungan kepada musuh-musuh negara dan kehilangan nyawa dan harta benda kepada rakyat Malaysia.


No comments:

Post a Comment