PENGENALAN
Pengenalan
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan
kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13
Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana
sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada
sebabsebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.
Kesan
pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut
menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah
Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan
diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan
antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan
kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera
amnya.
Ekonomi
adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan
yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh
kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali
kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.Kesimpulannya, kejadian ini telah menyebabkan kemerosotan ekonomi Malaysia dan kerajaan telah mengambil tindakan untuk meningkatkan ekonomi terhadap kaum melayu.
No comments:
Post a Comment